Wednesday, September 23, 2009

Qurban - Untuk Yang Kenyang atau Yang Lapar?

Ramadhan telah berlalu, kemunculan Syawal yang dinanti juga telah sama-sama kita kecapi untuk kesekian kalinya. Muslim se-antero dunia meraikan kedua dua peristiwa penting dalam kalender tahunan ini dengan pelbagai ragam dan budayanya yang tersendiri. Moga - moga nilai kudus yang terbentuk darinya(puasa dan raya) tidak termakan dek desakan komersial para pengusaha yang saban hari memikirkan strategi untuk melariskan sebuah jualan demi mengaut keuntungan kewangan.

Tak lama lagi Zulkaedah akan menjelma seterusnya giliran Zulhijah pula menyusul tiba... 10 Zulhijah, satu lagi detik penting dalam kelender tahunan kita. Peristiwa besar yang telah berlaku sememangnya telah diketahui umum dan tidak perlu dihuraikan di sini. (Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s). Betapa besarnya Idul-Adha, sehingga Muslim diharamkan berpuasa selama 3hari (10,11 dan 12 Zulhijah)berbanding cuma sehari diharamkan berpuasa di bulan Syawal (1 Syawal)...Begitu juga Takbir hari raya, 3hari takbir di bulan Zulhijah berbanding cuma sehari di bulan Syawal.

Muslim akan mula sibuk dengan amalan QURBAN...lembu,kambing, unta, sapi, biri-biri..Peniaga dan peraih lembu adalah mereka yang dikira paling sibuk di waktu itu, begitu juga 'orang tengah' atau 'broker' (macam urusan jual beli kereta- salesman, runner, broker...), semuanya ada peranan dan imbuhan masing-masing. Siap dengan mark-up harga tu. Lembu yang asalnya bernilai RM1200.00 akan memjadi RM1800.00 - RM2000.00

Acara Qurban semacam sudah menjadi satu 'pesta' dikalangan orang kita (?).Sehingga ada dikhabarkan sampai membazir- banyak bahagia haiwan tersebut tidak diambil.. Syarikat-syarikat koperat juga turut serta menjadi pemain utama untuk menyumbang lembu-lembu sebagai qurban. Tidak ada salahnya di sini. Amalan yang baik, elok diteruskan. Ini kan sebahagian dari Corporate Social Responsibility (CSR) yang kita semua harapkan.Bak kata orang-orang tua 'orang memberi, kita merasa'.

Yang menjadi persoalannya, orang yang sudah 'kenyang' [dalam bahasa lain- orang kaya atau mampu] juga menjadi perebut utama daging qurban tersebut...ha..ha..(walaupun memang tidak 'salah' untuk memberi hasil qurban kepada mereka), tetapi di manakan prioriti kita?... Kepada si-kenyang kah atau kepada si-lapar?...

Terlalu ramai lagi rasanya si-lapar yang memang benar-benar lapar dan tiada kemampuan kewangan untuk kita bantu dengan semangat dan roh Qurban ini...Lihat saja saudara-saudara kita di negara-negara lain, Kemboja, Bangladesh, Selatan Filipina, Afrika- tak payah cerita lah, sesetengah dari mereka tak pernah jumpa daging pun dalam setahun....

Arus pemodenen telah membolehkan daging qurban kita sampai ke tempat mereka. Banyak NGO dan organisasi di Malaysia yang telah berjaya menembusi sempadan antarabangsa dan daging qurban kita sudah bisa sampai dalam bentuk 'tin'..macam ikan sardin la..

Dengan cara ini diharapkan daging qurban kita benar-benar dinikmati oleh mereka yang 'lapar' berbanding dengan orang kita yang sudah sedia 'kenyang' di sini.